Khalifah – Kerbau Di Payung

Album: Kerbau Di Payung

Artist: Khalifah

Lirik : Yabang Khalifah

Lagu : Harry Khalifah

Khalifah muncul dengan lagu yang lebih ke arah hard rock, dan mempunyai mesej tersendiri. Dengarkan lagu ‘Kerbau Di Payung’. Juga merupakan OST filem BO-PENG yang ditayang pada 22 Disember 2016!

LIRIK LAGU OST FILEM ‘BO-PENG’ | KHALIFAH | KERBAU DI PAYUNG

Hey!
Bumi Disanjung….
Jangan Salahkan Ibu Yang Mengandung.

Makan Hati Ulam Jantung,
Kerbau Duduk Mencangkung,

Angin Kencang Hujan Yang Turun,
Dihulur Payung.

Panggil Ayam Beri Makan,
Dedak Nasi Semalam,

Panggil Orang Berilah Salam,
Ringan-ringankan.

Duduk Rumah Lantai Papan,
Alas Tikar Mengkuang,

Cakap Siang Pandang-pandang,
Malam Dengar-dengarkan.

Sumur Sudah Menjadi Kolam,
Paya Menjadi Taman,

Dulu Anak Disuapkan Makan,
Kini Menjadi Tuan.

Hidup Jangan Ikut Sini Sana,
Berdiri Di Antaranya,

Cakap Jangan Jaja Sini Sana,
Lebih Baik Diam Saja.

Makan Hati Ulam Jantung,
Kerbau Duduk Mencangkung,

Angin Kencang Hujan Yang Turun,
Dihulur Payung.

Panggil Ayam Beri Makan,
Dedak Nasi Semalam,

Panggil Orang Berilah Salam,
Ringan-ringankan.