Lirik Lagu Altimet – Seru

Penerbit: Emir Hermono

Lirik: Altimet

Lirik Lagu Altimet – Seru

Aku Disekolahkan Emcee Zaman Silam (x3),
Bila Aku Check One Two Semua Qiam.

Aku Disekolahkan Emcee Zaman Silam (x3),
Bila Aku Check One Two Semua Qiam.

Ini Bukan Untuk Carta,
Macp Dah Tak Payah Daftar,
Bukan Untuk Jual Takde Temubual,
Ini Sebut Takde Harga,
Ini Cakap Terang,
Speaker Keluar Cahaya,
Ini Cakap Perang,
Jadi Kuatkan Dan Dengar Bahaya.

Ini Tikam Dalam Kata,
Qiam Bila Aku Baca,
Lirik Audio Visual,
Macam Lidah Tusuk Masuk Mata,
Momok Dari Lubuk Kata,
Aku Zalim Dengan Bahasa,
Aku Rujuk Teks Lama,
Untuk Tundukkan Serama.

Ini Sukan Sabung Mic,
Jadi Tajinya Aku Taja,
This Next Level Dope So Nope,
Kita Bukan Sama Rata,
Aku Tak Risau Engkau Takut,
Dakwat Aku Ada Laut,
Bila Mikrofon Aku Masuk,
Kerjaya Kau Yang Tercabut.

Aku Tukang Kata,
Kamu, Kamu Pandir Mencarut,
Aku Lontar Cabar Aku Sabar,
Mari Tengok Siapa Sahut,
Ini Asid Kasi Hakis,
Ini Tulis Takde Lapis,
Takde Gula Takde Tapis,
Aku Mula Engkau Habis.

Ramai Budak Bertuah Aku Sorang Jebat,
Diam Aku Berbuah Diorang Kuat Cakap Lebat,

Hati Diorang Meluah Harap Dia Bersara Cepat,
Tiap Kali Dia Meludah Kerjaya Kami Tenat,
Jadi Aku Talqinkan Semua Saingan,
Its A Wrap Bentang Kain Putih Kita Baringkan,

Kamu Bukan Aku Kita Berlainan,
Kamu Bukan Aku Itu Aku Bagi Jaminan.

Aku Disekolahkan Emcee Zaman Silam (x3),
Bila Aku Check One Two Semua Qiam.

Aku Disekolahkan Emcee Zaman Silam (x3),
Bila Aku Check One Two Semua Qiam.

Aku Seru Nasty Nas,
Aku Seru Marley Marl,
Seru Pac Seru Biggie Seru Big L Bagi Aku Sejuta Bars,
Aku Seru A Tribe Called Quest,
Aku Seru Krs.