Lirik Lagu Ayda Jebat – Bawaku Berkelana | OST Moana

ayda-jebat-bawaku-berkelana-ost-moana

Album: Moana (Original Motion Picture Soundtrack)

Genres: Soundtrack, Music

Released: 18 November 2016

Label: ℗ 2016 Walt Disney Records

Lirik Lagu Ayda Jebat – Bawaku Berkelana | OST Moana

Ku Merenung Seluas Lautan,
Mengenang Kehidupan,
Sepi Dalam Gelora.

Andai Masa Dapat Ku Putarkan,
Menghuraikan Persoalan,
Namun Apalah Daya.

Jejak Langkahku,
Penuh Berliku,

Takdir Hidupku,
Saling Menuju,

Destinasi Laman Larangan,
Dalam Ramalan.

Lihatlah Ufuk Yang Menyeru Namaku,
Lembayungnya Mempersona,
Biarlah Bayu Membawaku Meneroka,
Berkelana,
Melayari Mimpi Langit Tak Bertepi.

Walau Mereka Berbahagia,
Nan Ceria Dipersada,
Akur Dengan Aturan.

Semua Di Pulau Indah Ini,
Menggalas Aspirasi,
Menjadi Azimat Hati.

Akan Ku Genggam Menjadi Azam,
Mendakap Mercu Serinya Alam,
Namun Hatiku Bagaikan Lesu,
Apa Mahuku.

Lihatlah Langit Yang Membiru Menyeru,
Memayungi Gelisahku,

Sinarnya Menerangi Azam Menyapaku,
Menjelaskan Perih Hujungnya Bagai Permata.

Lihatlah Ufuk Yang Menyeru Namaku,
Lembayungnya Mempersona,
Biarlah Bayu Yang Menderu Membawaku,
Mengembara,
Berkelana.