Lirik Lagu Hafiz Hamidun – Yang Dinanti

hafiz-hamidun-yang-dinanti

Tajuk: Yang Dinanti

Lirik: Ito Lara

Artis: Hafiz Hamidun

Komposer: Hafiz Hamidun

Terbitan: Arteffects International

Lirik Lagu Hafiz Hamidun – Yang Dinanti | Video Lirik Rasmi

Iwan Kisra Berantak Bergegar,
Sang Raja Parsi Pun Kebingungan,
Empat Belas Anjungnya Yang Teguh,
Berjatuhan Menyembah Ke Bumi.

Rasulullah Hadirmu Dinantikan,
Rasulullah Dirimu Didambakan,

Dan Obor Lambang Kemegahan Sembahan Majusi,
Terpadam Dan Tiada Lagi.

Rasulullah Kau Insan Terpuji,
Rasulullah Telah Lahir Kini,

Dan Tasik Sawwah Yang Indah Penyeri Istana,
Tertimbuslah Sudah.

Bintang Ahmad Telah Terbit Di Langit,
Sang Pendeta Yahudi Pun Bertempik,

Kota Makkah Dipenuhi Cahaya,
Petanda Kelahiran Insan Mulia.

Rasulullah Hadirmu Dinantikan,
Rasulullah Dirimu Didambakan,

Abdul Mutalib Nenda Tercinta,
Bebaskan Hambanya Kerana Terlalu Gembira.

Rasulullah Kau Insan Yang Terpuji,
Rasulullah Telah Lahir Kini,

12 Rabiulawal Di Tahun Gajah,
Detik Gemilang Abadi.

Rasulullah Hadirmu Dinantikan,
Rasulullah Dirimu Didambakan,
Dan Obor Lambang Kemegahan Sembahan Majusi,
Terpadam Dan Tiada Lagi.

Rasulullah Kau Insan Yang Terpuji,
Rasulullah Telah Lahir Kini,

12 Rabiulawal Di Tahun Gajah,
Detik Gemilang Abadi.