Lirik Lagu Hyper Act – Bukan Untukku

lirik-hyper-act-bukan-untukku
Lagu: Hyper Act

Lirik: Frozen

Lirik Lagu Hyper Act – Bukan Untukku

Malam Ku Tak Berbintang,
Siang Ku Hanya Berlari-lari,

Apakah Tanda Mengenalimu,
Sekadar Mimpi.

Jari Ku Sentuh,
Dingin Ku Rasai,

Kosong Tiada Makna,
Diamnya Tak Berkata.

Hanya Aku Yang Tak Pernah,
Mengejar Kejora Kau Janji Bersama,

Walau Dirimu Berharga Tidak Kau Bahagia,
Jika Ku Bersama Denganmu.

Tanpa Sayap Cintamu,
Tak Akan Ku Terbang Setinggi Ini,

Ku Tuju Langit Cerah,
Rupanya Kelam Kabus Menanti.

Percaya Kasih Ku Cuba Sedaya,
Namun Tiada Beza,
Biar Ku Undurkan Diri.

Hanya Aku Yang Tak Pernah,
Mengejar Kejora Kau Janji Bersama,
Walau Dirimu Berharga Tidak Kau Bahagia,
Jika Ku Bersama Denganmu (x2).

Mungkin Kecewa Mencari,
Gelapnya Berteman Ku Rindu Selama,
Namun Harus Ku Mengerti Kiranya Kau Di Sisi,
Cintamu Bukannya Untukku.