Lirik Lagu Fadzli Far East – Lahad

Album: Lahad – Single

Artist: Fadzli Far East

Genres: World, Music

Released: 29 September 2016

Label: ℗ 2016 Wahyu Suci Productions

Lirik Lagu Fadzli Far East – Lahad

Sudahkah Kita Sudah Bersedia,
Untuk Hadapi Hari Kematian,

Jasad Terbujur Kaki Terlunjur,
Dan Mata Pun Terpejam Tangan Berkiam.

Tinggalah Harta Sanak Saudara,
Nama Dan Pangkat Tiada Gunanya,

Hanya Amalan Dibawa Bersama,
Sebagai Bekalan Bertemu Yang Esa.

Tubuh Yang Dingin Diberi Mandi,
Air Dijirus Berulang Kali,

Berkapur Barus Dan Air Mawar,
Serbuk Cendana Dan Minyak Attar.

Kain Dan Kapas Berwarna Putih,
Itu Pakaian Yang Telah Dipilih,

Jasad Dikafan Berlapis-lapis,
Diiring Esakkan Suara Tangis.

Selesai Dikafan Dan Disembahyang,
Berbaris Semua Orang Yang Tersayang,

Menadah Tangan Doa Dibacakan,
Lalu Diusung Ke Perkuburan.

Lahad Ternganga Menunggu Mangsa,
Khidmat Terakhir Insan Di Dunia,

Apakah Menjadi Taman Di Syurga,
Ataukah Gerbang Ke Pintu Neraka.

Also Read:  Aaron Abdul - Syairkanlah